PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH LEBIH MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI, BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN.
USAHA INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MELAHIRKAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN, BERKETRAMPILAN, BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERIKAN SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA
Wednesday, July 29, 2009
Tuesday, July 28, 2009
PENTADBIRAN
Pada peringkat awal, seorang penyelaras sekolah telah dilantik iaitu Puan Zaharah binti Saleh bagi menyelenggara urusan perabot, pentadbiran dan segala hal yang berkaitan dengan pembukaan sekolah dengan bantuan dan bimbingan Pengetua Pembimbing, Puan Rosni binti Ismail dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram. 15 orang guru terlatih telah ditempatkan ke SMK Puteri Wangsa pada 1 Jun 2002. Memandangkan jumlah bilangan guru masih tidak mencukupi beberapa orang guru GSTT telah dihantar untuk bertugas sementara ke SMK Puteri Wangsa.
SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTERI WANGSA
TUJUAN DAN MATLAMAT
Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri wangsa ini telah bermula awal tahun 2000 dan mula beroperasi pada Jun 2002. Matlamat awal penubuhan sekolah ini bertujuan menampung jumlah pelajar yang terdiri daripada jumlah penduduk taman yang berdekatan seperti Taman Puteri Wangsa dan Taman Bukit Jaya. Kawasan perumahan yang semakin bertambah pesat turut menambah jumlah bilangan peduduk. Ini menyebabkan berlakunya pertambahan pelajar dan perlunya sebuah lagi sekolah dibina memandangkan hanya ada sebuah sahaja sekolah menengah yang berdekatan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram. Diharapkan dengan pembinaan sekolah ini dan kemudahan yang disediakan, pelajar kawasan berhampiran dapat belajar dengan selesa. Keadaan ini sudah tentu dapat merealisasikan wawasan bagi

Subscribe to:
Posts (Atom)